Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - WBM Sasar Ke Kejohanan Besbol Wanita Dunia 2022 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
WBM Sasar Ke Kejohanan Besbol Wanita Dunia 2022

WBM Sasar Ke Kejohanan Besbol Wanita Dunia 2022

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 09 Februari 2020 08:48

Kuala Lumpur, 9 Februari 2020 - Pasukan Besbol Wanita Malaysia (WBM), yang membuat penampilan sulung pada 23 Mei tahun lalu, mensasarkan layak ke Kejohanan Besbol Wanita Dunia 2022.

Setakat ini bagi mencapai sasaran itu pelbagai strategi telah dilaksanakan termasuk melayakkan diri untuk bertanding di divisyen 2 dan sekurang-kurangnya menjadi naib johan untuk ke menempatkan diri ke divisyen 1.

Pasukan empat terbaik divisyen 1 akan layak secara automatik ke Kejohanan Dunia yang diadakan dua tahun sekali dan kali ini berlangsung di Mexico.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja Persekutuan Besbol Malaysia, semalam sempat meninjau persiapan pasukan berkenaan.

Tuanku Raja Muda menzahirkan kekaguman baginda dengan kegigihan pasukan berkenaan membuat persiapan dan kejayaan yang telah dicapai setakat ini.

Terdahulu baginda menyertai program kayuhan di sekitar Ampang Hilir disertai 44 peserta.

Bagaimanapun difahamkan atas beberapa masalah teknikal Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) bersama OCM (Olympic Council of Malaysia), pasukan negara dinafikan hak untuk bertanding di Piala Asia.

Kini WBM tetap tidak putus asa, terus berusaha mencari jalan menyelesaikan kemelut ini bagi membolehkan mereka beraksi untuk negara.

Diharap ada pihak yang sudi membantu WBM dan sekali gus memajukan sukan besbol di negara ini yang mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE