Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat Perlis Perlu Prihatin Pemasangan Bendera n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat Perlis Perlu Prihatin Pemasangan Bendera

Rakyat Perlis Perlu Prihatin Pemasangan Bendera

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 07 Februari 2020 11:40

Kangar, 7 Februari 2020 - Rakyat di negeri Perlis diajak agar sama-sama meningkatkan lagi kesedaran, keperihatinan dan rasa lebih bertanggungjawab dalam memastikan bendera kuning biru negeri dan juga Jalur Gemilang Malaysia yang dipasang di setiap Jabatan Kerajaan mahupun Swasta, masjid-masjid, kedai makan dan kediaman masing-masing sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi etika pemasangannya.

Ini adalah kerana masih terdapat sebahagian premis yang tidak ambil pusing berkaitan hal tersebut sehingga ada bendera yang dibiarkan pudar, reput, terkoyak, malah ada yang dipasang secara terbalik. Ada juga yang telah dipasang bertahun-tahun tanpa digantikan dengan yang baharu.

Justeru, semua pihak dipohon agar lebih peka dan segera memeriksa setiap bendera negeri dan negara yang dipasang masing-masing dan menurunkan dan seterusnya menggantikan dengan bendera yang baharu supaya lebih sempurna keadaannya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan majlis ‘MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf Kali Ke 9 Bagi Tahun 2020’ yang diadakan di Masjid Al Istiqomah, Teluk Jambu, Bintong, Kangar pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Berangkat sama, anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut serta ialah Rektor Universitas Syiah Kuala Aceh, Indonesia Prof. Dr. Ir. Samsul Rizal dan Ketua Pejabat Hal Ehwal Antarabangsanya, Dr. Muzailin Affan.

Tambah baginda lagi, pemasangan bendera amatlah baik dan digalakkan bagi mempamerkan sifat patriotik, namun ketidakpekaan sesetengah pihak memberikan imej yang kurang baik kerana bendera negeri dan negara itu sendiri adalah melambangkan kedaulatan.

Tuanku Raja Muda turut bertitah agar semua pihak mengibarkan bendera negeri dan negara di sepanjang tahun sebagai tanda cinta dan bukan hanya semasa menyambut sambutan Hari Kebangsaan semata-mata.

Bersempena program tersebut yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, baginda berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 150 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid Kg Wang Besar, Kg Telok Jambu dan juga Kg Wang Ulu kesemuanya di sekitar kawasan Bintong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan melancarkan ‘Projek Peningkatan Sosio-Ekonomi Asnaf MAIPs’ berupa sebuah kedai makan yang beroperasi di hadapan Masjid Teluk Jambu yang diusahakan oleh Helmi Md Isa, 54 (019-4522530) dan Isteri Naiemah Abidin sejak 3 tahun yang lalu dan sebelum ini pernah menerima bantuan daripada MAIPs berjumlah RM4,960 untuk bantuan kelengkapan pada Januari 2018 dan disusuli dengan RM3,128 sebagai bantuan modal pada Julai 2019.

~SUMBER MAIPs~

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE