Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis Berangkat Ke Jamuan Selamat Tahun Baru Cina n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis Berangkat Ke Jamuan Selamat Tahun Baru Cina

Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis Berangkat Ke Jamuan Selamat Tahun Baru Cina

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 06 Februari 2020 15:30

Kangar, 6 Februari 2020- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri jamuan sempena ‘Sambutan Tahun Baru Cina 2020’ yang dihoskan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Titi Tinggi yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis bagi Sumber Asli & Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau, Kesihatan, Teh Chai Aan pada malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke majlis yang diadakan di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia, Jalan Raja Muda, Kangar tersebut disambut oleh Teh dan isteri serta Presiden MCA Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, AMMK Negeri, ADUN, Ketua-ketua jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Kepimpinan Pertubuhan-pertubuhan NGO di negeri ini.

Pelbagai persembahan menarik dan hebat termasuklah tarian naga diadakan.

Di akhir majlis, Tuanku Tengku Fauziah turut berkenan mengurniakan sumbangan ang pow kepada semua yang terlibat membuat persembahan.

Pada tahun lalu, majlis yang sama diadakan di Dewan Persatuan Chong Fah Koong Fooi, Kaki Bukit. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE