Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ‘Kingsmen’ Juarai Putra Charity Golf Tournament 2020 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
‘Kingsmen’ Juarai Putra Charity Golf Tournament 2020

‘Kingsmen’ Juarai Putra Charity Golf Tournament 2020

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 19 Januari 2020 07:56

Kangar, Sungai Batu Pahat, 19 Januari 2020 -  Pasukan ‘The Kingsmen’ dengan 123 mata yang dibarisi oleh Ismarizal ismail, Saiful Fariddil Jasmi, Mohd Fahimi Musa dan Fauzie Osman muncul juara di dalam pertandingan ‘Putra Charity Golf Tournament 2020’ yang diadakan di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat anjuran kelab berkenaan dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis pada pagi tadi.

Seramai 59 orang peserta mewakili 15 buah pasukan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan pembuka tirai bagi kalendar 2020 KGP Perlis pada tahun ini.

Pertandingan ini adalah merupakan antara usaha pihak jawatankuasa kelab bagi memperkenalkan lagi negeri Perlis kepada para pemain khususnya dari luar dan mempromosikan golf yang juga merupakan antara salah satu pelancongan sukan popular di negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang merupakan peminat sukan golf No 1 di negeri ini merangkap Penaung DiRaja kelab dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Presiden berkenan berangkat hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang pada tengahari tadi.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Kapten KGP Perlis, Kassim Osman dan Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Datuk Johari Darus.

Tempat kedua diungguli oleh ‘Team VP3’ dengan 111 mata dan ketiga oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) 105 mata.

Antara pasukan lain yang turut mengambil bahagian adalah JPS, Markas 30 Briged TDM, PDRM, UniMAP, MPK, Tenaga Nasional Bhd, Kasyaf Bina, CIMA, Perlis Power Plant, Restoran Api-Api dan Bann Edar.

Bagi kategori individu pula, Fauzi Osman (50 mata) muncul juara, Wan Mohd Zaki (42 mata) naib juara dan Nordin Osman (41 mata) di tempat ketiga.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE