Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Keberangkatan Raja Muda Perlis Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Keberangkatan Raja Muda Perlis Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina

Keberangkatan Raja Muda Perlis Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 19 Januari 2020 14:46

Kaki Bukit, Padang Besar, 19 Januari 2020 - Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini lebih bermakna lagi buat 15 orang penghuni ‘Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit, Perlis’ apabila menerima kunjungan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada petang tadi.

Baginda berdua turut diiringi sama anakanda kedua Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Keberangkatan tiba pasangan tetamu diraja itu disambut oleh Penasihat Jawatankuasa Pusat Jagaan berkenaan, Datin Ong Kim Leng beserta ahli jawatankuasa pengelola beliau dan juga para sukarelawan yang bertugas di situ.

Datin Ong, mempersembahkan ucapan menjunjung kasih ke atas pasangan diraja berkenaan yang sememangnya prihatin dan mesra rakyat, sentiasa menggalakkan semangat perpaduan serta dekat di hati seluruh rakyat jelata tanpa mengira agama, bangsa dan juga usia.

‘Kami semua amat berbesar hati dan menyanjung tinggi berkesempatan menerima keberangkatan Baginda berdua buat kesekian kalinya ke Pusat ini.’

Hadir sama mengiringi baginda pada kali ini ialah ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan Negeri dan juga Persekutuan yang sebelum daripada itu telah menyertai baginda di dalam sesi kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali yang ke 4 bagi tahun 2020 ini di sekitar kawasan berkenaan.

Selain sumbangan peribadi daripada baginda berdua dan juga anakanda, turut diserahkan ialah wang tunai, hamper dan juga peti sejuk daripada BMC Travel Sdn Bhd, Tana Litowski dari Kanada, Tina Bohler dari Switzerland dan juga beberapa kenalan lain dari dalam dan juga luar negara.

Selepas kunjungan tersebut baginda berdua turut berkenan meluangkan masa singgah beramah mesra dengan masyarakat setempat yang majoritinya kaum Cina di sekitar Pekan Kaki Bukit bagi mengucapkan selamat menyambut tahun baru Cina dan menyampaikan sumbangan berupa hamper daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis kepada mereka. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE