Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berangkat Ke MMR 504 AW n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Berangkat Ke MMR 504 AW

Raja Muda Perlis Berangkat Ke MMR 504 AW

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 18 Januari 2020 08:57

Perlis, Pauh Putra,18 Jan. 2020 - Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) 504 Askar Wataniah (AW) sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Yang Ke 39’ yang diadakan di Dewan Sri Selasih, Pauh Inn Educational Training Centre, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra, Perlis pada malam semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Tuanku Komander rejimen berkenaan disambut oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak, Yang DiPertua Kelab Perwira, Mejar Noorhakimy Abdullah dan SMR PW1 Muhammad Aris Abdullah.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendokong Askar Wataniah (JAKPAW) Perlis, Azman Mohd Yusof dan Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan.

Majlis bermula dengan ketukan gong ‘Dinner Call’ diikuti dengan ‘Minum Ucap Selamat’ kepada "Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong" (Negaraku) dan "Tentera Darat Malaysia" (Gagah Setia).

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Mohamad Zaidi memaklumkan bahawa salah satu aktiviti rejimental ketenteraan adalah ‘Majlis Makan Malam Rejimental’ yang merupakan adat tradisi ketenteraan yang masih diamalkan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). MRR ini kebiasaannya dianjurkan bersempena dengan sesuatu acara penting dalam diari ketenteraan seperti Hari Ulang Tahun, Mengalukan Kehadiran Pegawai Baru Ke dalam Pasukan, Meraikan Pegawai Yang Akan Bertukar Keluar atau Menamatkan Perkhidmatam.

Tambah beliau, walaupun tradisi ini banyak diwarisi daripada adat istiadat Tentera British selepas era kolonial, namun ATM masih mengekalkan nilai-nilai murni seperti istiadat MRR ini yang telah banyak melahirkan Pegawai Bertauliah dan Tanpa Tauliah yang berkarisma dan telah memberi khidmat serta mengharumkan nama pertiwi mencurahkan bakti dengan penuh semangat keperwiraan dan keberanian.

Adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa tradisi dan budaya ini perlu dikekalkam agar ATM terus dapat menghasilkan Pegawai Bertauliah dan Tanpa Tauliah yang berkarisma serta tonggak kepimpinan bagi masa hadapan pasukan.

Majlis diakhiri dengan pemotongan pulut kuning yang disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra yang baru sahaja menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke 52 pada 30 Disember lalu. Pada kesempatan yang sama Mohamad Zaidi mewakili seluruh anggota rejimen berikrar akan terus mencurahkan bakti dan taat setia tidak berbelah bahagi kehadapan baginda yang sudah masuk tahun ke 17 diamanahkan sebagai Komander rejimen. Tuanku Raja Muda Perlis merupakan Komander Siri 500 Rejimen Askar Wataniah yang paling lama masih aktif berkhidmat bersama Tentera Darat Malaysia pada ketika ini.

Untuk rekod, Rejmen 504 Askar Wataniah (AW) serin terlibat dengan pelbagai aktiviti dan program Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), antaranya Program Hijrah Minda, MAIPs Peduli, Kem Jatidiri Pelajar Negeri Perlis dan beberapa program CSR turun padang di seluruh negeri Perlis. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE