Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Yakini perintah Allah demi kebaikan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Yakini perintah Allah demi kebaikan - Raja Muda Perlis

Yakini perintah Allah demi kebaikan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 17 Januari 2020 21:30

17 Januari 2020. Arau -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa umat Islam wajib menyakini setiap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu adalah semata-mata untuk kebaikan hambaNya dan menyelamatkan kita semua daripada perkara-perkara keburukkan. Itulah antara sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Hakikatnya, sebarang perselisihan yang berlaku sehingga ada disebut di alam Al-Quran itu adalah kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan manusia dengan memberikan pelbagai ujian bagi melihat siapakah di antara kita yang paling beriman dan paling layak untuk menduduki syurga Allah.

Demikian titah peringatan baginda selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs’ Bilangan Ke 2 bagi tahun 2020 yang diadakan di Masjid Al-Mursyid Pauh Guring, Arau Perlis pada petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan.

Turut diadakan terdahulu daripada itu ialah ceramah yang disampaikan oleh pegawai daripada pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis dan juga tazkirah oleh wakil daripada Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). - Tx.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE