Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kekalkan identiti harungi cabaran era globalisasi - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kekalkan identiti harungi cabaran era globalisasi - Raja Muda Perlis

Kekalkan identiti harungi cabaran era globalisasi - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 17 Januari 2020 21:29

17 Januari 2020. Arau, Perlis -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan terus berusaha keras bagi mengekalkan identitinya di dalam mengharungi cabaran era globalisasi.

Identiti atau imej dilihat sebagai salah satu elemen yang dititikberatkan oleh organisasi. Imej korporat bukan sahaja perlu dipapar tetapi turut dilindungi agar tidak tercemar kerana mengambarkan sesebuah organisasi itu serta tahap potensinya dalam mencapai matlamat, kejayaan, kualiti dan kredibiliti.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima taklimat ‘Makluman dan Perancangan Awal - UniMAP Royal Corporate Gala Hi-Tea’ yang diadakan di Istana Arau tengahari tadi.

Taklimat dipersembahkan oleh Naib Canselor Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad dan Penolong Naib Canselor (Keusahawanan dan Kelestariam Kewangan), Prof Datuk Wira Dr Salleh Hj Din.

Menurut Badlishah pula, semua warga UniMAP akan sentiasa memastikan identiti universiti dijaga dan dikekalkan malah keterlihatan UniMAP akan terus diperkasakan lagi dengan sebaik mungkin agar sentiasa terpelihara daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan reputasinya.

Untuk rekod, objektif utama majlis jamuan teh yang bakal diadakan di ibunegara pada petang selasa 24 Mac 2020 yang akan datang nanti ialah bagi mendapatkan dana yang cukup untuk disalurkan ke Tabung Wakaf dan juga Endowmen UniMAP.

UniMAP turut menjalinkan hubungan kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang merupakan pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Perlis - Tx.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE