Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Mahu Pendekatan Lebih Drastik Tangani Gejala Sosial n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Mahu Pendekatan Lebih Drastik Tangani Gejala Sosial

/ Archive MAIPs / Rabu, 06 November 2013 00:27

KANGAR, 6 Nov 2013 (RABU) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pendekatan lebih drastik dilakukan oleh kerajaan bagi membendung gejala sosial negatif dan keruntuhan moral terutama di kalangan remaja.Menurut baginda, saban hari media melaporkan kes-kes gejala sosial dan keruntuhan moral yang turut membabitkan golongan remaja Melayu yang rapuh akidahnya.Bertitah merasmikan forum Kafe Cinta 2013 di sini Selasa malam, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berharap pelbagai pihak termasuk masyarakat turut seiringan dengan kerajaan menangani gejala yang merugikan itu melalui peranan masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, walaupun kerajaan boleh mengemas kini undang-undang bagi memperkasakan tindakan namun orang ramai juga perlu bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat sekitar untuk membendung gejala itu."Bagi masyarakat Melayu dan beragama Islam, perkara itu boleh dihindari jika mereka mempunyai akidah yang teguh," titah baginda.Sehubungan itu, baginda turut berharap, ibu bapa memberi penekanan terhadap didikan agama sejak anak mereka masih kecil kerana pendidikan sebenar adalah bermula di rumah.Tuanku Syed Faizuddin juga berharap media massa menggunakan pengaruh dalam menangani isu itu dengan memberi penekanan terhadap penyiaran laporan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat tentang bahayanya gejala sosial negatif dan keruntuhan moral.Sementara itu, Forum Kafe Cinta 2013 bertajuk "Apabila Kopi Bercampur Susu" mengundang dua ahli panel terdiri daripada juara Imam Muda musim kedua, Hassan Adli Yahya dan Pakar Perunding Sakit Puan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar bagi mengupas permasalahan remaja negara ini.Turut berangkat pada Forum Kafe 2013 anjuran JAIPs, MAIPs dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Perlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar Perlis Azlan Man.

 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE