Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bersatu Padu Wujudkan Keamanan, Kasih Sayang Dan Membangun Ummah - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Bersatu Padu Wujudkan Keamanan, Kasih Sayang Dan Membangun Ummah - Raja Muda Perlis

Bersatu Padu Wujudkan Keamanan, Kasih Sayang Dan Membangun Ummah - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 10 Januari 2020 14:51

Trang, Thailand, 10 Januari 2020 - Sifat bersatu padu di antara umat Islam akan mewujudkan suasana yang aman, masyarakat yang berkasih sayang serta membantu terhadap pembangunan Ummah, agama, bangsa dan negara.

Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang berlaku di sesetengah negara yang sedang bergolak apabila mengabaikan sifat perpaduan, kasih sayang dan hidup secara berpecah belah.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Hijrah Minda MAIPs (Khas)’ yang diadakan di Masjid Saedol Islam Trang di Thailand.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Gabenor wilayah Trang, Luechai Charoensup, kepimpinan tertinggi wilayah berkenaan, Tuan Imam serta anak-anak kariahnya.

Program ini dianjurkan bersempena ‘Ziarah Mahabbah MAIPs - Sambutan 100 Tahun MAIPs 2020’ pada kali ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menambah bahawa mukmin yang mampu bertahan, bersabar, sentiasa positif dan mengawal hawa nafsunya disamping sentiasa berusaha untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia, pastinya layak menerima rahmat serta menghuni syurga Allah Subhanahu Wa Ta’ala kelak.

Islam juga amat menggalakkan kita semua agar sentiasa berhati-hati dan mengelakkan diri daripada sebarang perkara atau tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada bukan hanya kepada diri sendiri malah kepada orang lain. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE