Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lagu Berunsur Islam Mantapkan Penguasaan Bahasa Melayu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Lagu Berunsur Islam Mantapkan Penguasaan Bahasa Melayu

Lagu Berunsur Islam Mantapkan Penguasaan Bahasa Melayu

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 11 Januari 2020 13:14

Krabi, Thailand ,11 Januari 2020 - Dendangan lagu-lagu berunsur keagamaan dalam bahasa Melayu oleh kanak-kanak pada majlis ‘Santai Budaya dan Puisi Islam’ membuatkan hati para hadirin tersentuh.

Sekalipun jauh ratusan batu dari negara asal nenek moyang, tetapi usaha "memfasihkan" diri masing-masing dalam bahasa Melayu dilihat sangat mengkagumkan.

Persembahan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan ini diadakan pada majlis ‘Santai Budaya dan Puisi Islam’ sempena ‘Penutupan Bengkel Jawi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)’ yang diadakan di Hotel Aonang Villa Resort Krabi pada malam ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengetuai delegasi MAIPs ke Wilayah Krabi, Thailand menerusi Program Ziarah Mahabbah Sempena Sambutan 100 Tahun MAIPs selama tiga hari dari 10 hingga 12 Januari juga terpegun dengan persembahan kanak-kanak ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Mohd Nazim berkata, pihak MAIPs berbangga kerana dapat bekerjasama dengan sekolah-sekolah agama di Krabi dalam usaha memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu mereka menerusi tulisan jawi.

"Apa yang kita nampak, lebih mudah bila ia diselitkan dengan unsur seni dan budaya Islam untuk lebih fasih seperti yang telah dapat dilihat hasilnya dengan pesembahan oleh para peserta bengkel," katanya.

Pada majlis berkenaan juga MAIPs turut meraikan sambutan ulangtahun keputeraan Tuanku Syed Faizuddin Putra pada 30 Disember yang lalu bersama dengan para tetamu lain yang kebetulan lahir pada bulan yang sama.

Persembahan lagu berunsur Islam dan puisi, sajak serta gurindam juga turut dipersembahkan oleh kalangan ahli delegasi yang berbakat bagi menyerikan lagi majlis berkenaan. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE