Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda Perlis Berangkat Ke Program Kasih II Home Help Services Dan Khidmat Komuniti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Puan Muda Perlis Berangkat Ke Program Kasih II Home Help Services Dan Khidmat Komuniti

Raja Puan Muda Perlis Berangkat Ke Program Kasih II Home Help Services Dan Khidmat Komuniti

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 08 Januari 2020 09:01
Padang Besar, 8 Januari 2020 -- Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri ‘Program Kasih II Home Help Services Dan Khidmat Komuniti Bersama DYTM Tuanku Raja Puan Muda Muda Perlis Tahun 2020’ anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Mahmudiah, Bukit Keteri, Padang Besar pada petang semalam.
 
Keberangkatan tiba baginda ke program melibatkan lebih daripada 200 orang peserta itu disambut oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, Zulkifli Ismail dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Mohammad Hazam Ismail.
 
Turut diadakan ialah ‘Kayuhan Kasih Homehelp Services dan Khidmat Komuniti’ yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan disekalikan dengan ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 3 bagi tahun 2020 ini dan turut disertai sama oleh anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
 
Menurut Hazam, salah satu objektif utama aktiviti ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota masyarakat dan pemimpin-pemimpin setempat serta ketua-ketua Jabatan di negeri ini berkaitan ‘Program Khidmat Bantu Di Rumah’ yang disediakan oleh pihak Kementerian dan Jabatan beliau. 
 
~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE