MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR, 4 Jan -- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Sukan Agensi Agama Islam Perlis (SUKIPs) yang disandang sejak 2017 pada edisi ketiga kali ini dengan membawa pulang enam pingat emas, tujuh perak dan empat gangsa.
JKSNPs menewaskan lima agensi lain iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang menduduki tempat kedua, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di tempat ketiga, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Yayasan Islam Perlis (YIPs) dan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.
Antara sukan yang dipertandingkan pada SUKIPs ialah woodball, futsal, badminton, tarik tali, tenpin boling, karom, catur dan memancing turut mempertandingkan 76 pingat yang berlangsung dari 6 hingga 8 Dis lepas dengan KUIPs selaku tuan rumah pada kali ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor KUIPs berkenan merasmikan penutup SUKIPs dan mengurniakan hadiah kepada para pemenang yang berlangsung di Pusat Boling Lite Superbowl JB 3 Perlis, di sini hari ini.
Pada acara penutup itu, baginda juga berkenan menyampaikan Anugerah Olahragawan Terbaik kejohanan kepada Jonaidi Abd Rahman daripada MAIPs dan Olahragawati Terbaik kepada Salwani Sufi daripada JKSNPs.
YIPs dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi keempat penganjuran SUKIPs bagi tahun ini.
-- BERNAMA