Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Lawat Masjid Besar Sheikh Zayed Di Abu Dhabi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Lawat Masjid Besar Sheikh Zayed Di Abu Dhabi

/ Archive MAIPs / Selasa, 29 Oktober 2013 00:22

KANGAR, 29 Okt 2013 (Selasa) -  Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini melawat Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi sempena lawatan kerja baginda ke ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE).Keberangkatan tiba baginda yang mengetuai delegasi Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) yang beribu pejabat di Kepala Batas, Pulau Pinang itu disambut oleh ketua pengarah masjid berkenaan, Yousif Alobaidli serta para pegawai kanan masjid.

Mengiringi baginda ialah Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Ahmad Anwar Adnan dan Konsul Promosi Pendidikan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Shushilil Azam Shuib.Menurut siaran media AUCMS yang diterima di sini, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menghadiahkan plak MAIPs kepada masjid itu.Masjid Sheikh Zayed boleh memuatkan 50,000 anak jemaah dengan 15,000 daripadanya boleh bersolat di dalam ruang bangunan berhawa dingin.Terdahulu, baginda mendengar taklimat oleh Ahmad Anwar berkenaan kendudukan rakyat Malaysia di UAE.Pada masa ini terdapat kira-kira 6,000 tenaga kerja pakar Malaysia berkhidmat di UAE, kebanyakannya berkhidmat dengan syarikat minyak dan gas serta sektor pembinaan.


Sumber daripada BERNAMA.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE