Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Semak Kurikulum Agar Relevan Dengan Keperluan Industri - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Semak Kurikulum Agar Relevan Dengan Keperluan Industri - Raja Muda Perlis

Semak Kurikulum Agar Relevan Dengan Keperluan Industri - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 17 Disember 2019 14:55

KANGAR, 17 Dis - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyarankan pihak pengurusan universiti agar sentiasa menyemak kurikulum masing-masing bagi menentukan kursus yang ditawarkan sentiasa relevan dengan kehendak serta keperluan industri.

"Adalah lebih baik jika semakan kurikulum ini dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan setiap apa yang dipelajari oleh para pelajar sentiasa relevan dengan kehendak industri.
"Selain daripada melahirkan modal insan berkualiti, mempunyai kemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing, berikanlah juga tumpuan kepada pembangunan pelajar secara holistik melalui aktiviti akademik dan kurikulum yang bersepadu," titah baginda ketika berkenan menerima kunjungan Setiausaha Majlis Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, Prof Dr Mahmud Abdul Rahman Qadah di Madinah, Arab Saudi.

Hadir sama ialah Rektor Al-Madinah International University (MEDIU), Dr Fadlan Mohd Othman dan Bekas Rektor MEDIU, Prof Dr Mohammad Khalifa Al Tamimi.
Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini Tuanku Syed Faizuddin bertitah agar pihak pembuat dasar pendididkan tinggi mengutamakan fokus kepada pelajar dan bukan kepada universiti semata-mata.
Baginda bertitah kaedah pemikiraan baharu di kalangan pimpinan universiti, pensyarah dan penentu dasar pendidikan tinggi hendaklah diusahakan agar tujuan sebenar pendidikan ke arah melahirkan individu yang berfikiran sejahtera dan bertindak rasional dapat dijayakan.

"Setiap perancangan dan tindakan yang diambil oleh institusi pendidikan hendaklah menjadikan pelajar sebagai paksi agar hasil yang dicapai nanti akan menyumbang kepada keberhasilan pelajar" titah baginda.

~SUMBER BERNAMA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE