Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berkenaan Terima Mengadap Pendayung Kayak Solo Negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Berkenaan Terima Mengadap Pendayung Kayak Solo Negara

Raja Muda Perlis Berkenaan Terima Mengadap Pendayung Kayak Solo Negara

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 15 Disember 2019 11:40

Kuala Lumpur, 15 Disember 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap ‘Pendayung Kayak Solo Negara’, Murad Mohd Kassim sejurus selepas baginda melancarkan
‘Lagu dan Video Muzik “Ratuku” oleh Khai Bahar untuk Promosi Dana Wakaf Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar Perlis di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi baginda dalam pertemuan tersebut ialah Country Managing Partner Ernst and Young Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan MAIPs, Datuk Abdul Rauf Rashid, Pengasas dan Pengarah Urusan Primabumi, Tan Sri Datuk Ariffin Yusuf yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan MAIPs serta Ketua Pegawai Eksekutif Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Murad, tujuan untuk bergambar bersama Tuanku Syed Faizuddin Putra adalah sebagai bahan maklumat bagi melengkapkan proses pembukuan yang bakal diterbitkan tentang kejayaan beliau dalam ‘Misi Ke-4 Kayak Solo KE 7B Mengelilingi Semenanjung’ pada 1 April 2015 yang disempurnakan pelepasannya oleh Tuanku Raja Muda Perlis di jeti Kuala Perlis.

Dalam majlis mengadap tersebut beliau yang masih berkhidmat sebagai seorang anggota tentera berkongsi pengalaman tersebut dan turut memahat hasrat untuk mendayung dari Tawau di Sabah hinggalah ke Pulau Langkawi suatu hari nanti.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE