Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Khai Salahkan Diri Sendiri Gagal Ke AJL34 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Khai Salahkan Diri Sendiri Gagal Ke AJL34

Khai Salahkan Diri Sendiri Gagal Ke AJL34

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 15 Disember 2019 10:09

KUALA LUMPUR, 15 Dis. 2019 - Tiada istilah kecewa dalam diri penyanyi, Khai Bahar, sehingga mahu menuding jari kepada mana-mana pihak apabila lagu nyanyiannya, #123 dan Satukan Rasa, hasil paduan suara dengan Siti Nordiana, gagal ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 34.

Khai atau nama lengkapnya Muhammad Khairiul Baharuddin, 25, lebih rela meletakkan kesalahan itu di bahu sendiri kerana tidak membuat persembahan dengan baik pada peringkat separuh akhir.

“Nampaknya, tiada rezeki saya kali ini untuk ke AJL34, namun saya takkan mengalah. Insya-Allah, saya akan cuba lagi pada tahun depan.

“Kalau difikirkan secara positif, mungkin ada hikmah di sebalik kegagalan itu. Saya tidak kecewa dan tak juga bersedih kerana ramai lagi yang bertanding. Bukan saya seorang yang gagal ke pertandingan berprestij itu.

“Mungkin kegagalan bergelar finalis disebabkan kesilapan saya yang gementar ketika membuat persembahan. Tidak mengapa, ia memberikan saya semangat yang lebih untuk meningkatkan persembahan pada masa akan datang. Saya sendiri akan mengkaji semula segala kelemahan yang ada dan berusaha memperbaikinya,” katanya kepada BH Online.

Walaupun ramai peminat meluahkan kekecewaan apabila lagunya gagal ke AJL34, Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 ini bersikap realistik.

“Peminat saya sangat sedih kerana mereka berasakan lagu terbabit layak ke peringkat akhir. Namun, orang luar pula memberikan komen, lagu berkenaan tak cukup kuat berbanding karya lain yang turut bertanding.

“Pada saya, juri lebih arif dalam membuat penilaian dan kita kena percaya pada kredibiliti mereka,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan video muzik Ratuku, di sini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Video muzik lagu hasil ciptaan Khai, Dr Azrul Azlan dan Azwar Husaini itu turut menampilkan baginda sebagai seorang daripada pelakonnya.

Mengulas perkara itu, Khai yang menggunakan nama pena Kanda mengakui teruja dengan kesudian Tuanku Syed Faizuddin menjayakan video terbabit.

“Apabila Tuanku berkenan untuk terbabit dalam pembikinan video muzik lagu ini, saya berasakan ia sangat luar biasa. Saya kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Tuanku apabila sanggup turun padang.

“Harapan saya, semoga apa yang dipaparkan menerusinya dapat membuka hati peminat untuk sama-sama membantu mereka yang susah,” kata Khai yang turut dilantik sebagai duta Pusat Hemodialisis, Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Lagu Ratuku yang dihasilkan untuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertujuan memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk tampil membantu pesakit buah pinggang.

~SUMBER BERITA HARIAN~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE