Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Selidiki Penularan Dan Perkongsian Berkaitan Halal - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Selidiki Penularan Dan Perkongsian Berkaitan Halal - Raja Muda Perlis

Selidiki Penularan Dan Perkongsian Berkaitan Halal - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 15 Disember 2019 09:03

Kangar, 15 Disember 2019- Kebelakangan ini, fenomena penularan dan perkongsian maklumat menjadi ‘trend’ dalam kalangan pengguna media sosial dan tidak terkecuali juga kepada Industri Halal.

Penularan berkaitan status halal tidak terhad kepada isu produk makanan semata-mata, malah melangkaui produk bukan makanan. Kebiasaannya isu-isu ini melibatkan produk yang berkaitan dengan alkohol, khinzir, penyembelihan dan juga kebersihan.

Sehubungan itu, gunakanlah media sosial sebaik mungkin dan jangan menyebar maklumat yang tidak pasti. Pengguna perlu bersikap ‘tabayyun’ iaitu melakukan kaji selidik terlebih dahulu sebelum menyebar sesuatu maklumat yang diterima.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengambil bahagian dalam program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Datuk Jaafar Hassan, Sungai Padang, Sanglang baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang pada kali ini dianjurkan secara bersama oleh MAIPs dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut serta ialah Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Professor Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak dan Timbalan Dekan Jabatan Bahasa Arab UIAM Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.

Raja Muda Perlis yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menambah bahawa pihak agensi agama Islam perlu untuk membangunkan modul-modul latihan kepenggunaan halal secara menyeluruh di semua peringkat demi memperkasakan pengetahuan berhubung isu halal ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga yakin di peringkat negeri Perlis, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs) menerusi Bahagian Penyelidikan dan Hab Halal mampu mengorak langkah dalam usaha menyebarluaskan lagi ilmu pengetahuan dan meningkatkan kefahaman dalam kalangan pengusaha dan pengguna mengenai konsep “Halal Toyyiban” dan kepentingan pensijilan halal.

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Dzulkifli berasa amat bertuah, cukup insaf atas pengalaman berharga bersama Tuanku Raja Muda dalam inisiatif amal yang sangat bagus turun padang mencaridan asnaf bukan di sebaliknya.

Ini merupakan suatu pengalaman secara praktikal dan bukan hanya teori semata-mata dan konsep ini boleh dibawa ke universiti untuk siswa laksanakan.

Di akhir program yang sama baginda turut berkenan menyaksikan ‘Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Asnaf’ di antara Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn Bhd dengan Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE