Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tenaga Pengajar Islam Perlu Telus Sebar Kefahaman Fatwa – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tenaga Pengajar Islam Perlu Telus Sebar Kefahaman Fatwa – Raja Muda Perlis

Tenaga Pengajar Islam Perlu Telus Sebar Kefahaman Fatwa – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 09 Disember 2019 15:21

Shanghai, China, 9 Dis. 2019 – Tenaga pengajar agama Islam di negeri Perlis disarankan agar sentiasa memahami, mendokong dan menyebarkan kefahaman yang telus tentang fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan diperakukan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Wujudkanlah budaya dialog dan diskusi di antara pihak berkepentingan dan masyarakat awam dengan pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam memahami sesuatu fatwa.

Ingatlah, rakyat bertanggungjawab mematuhi keputusan yang telah dibuat pihak pemerintah dalam perkara-perkara kebaikan selagi mana ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas baginda berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan ‘Tabung Ibnu Sabil MAIPs’ berjumlah RM5,000 yang diamanahkan kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai, China di hotel Waldorf Astoria Shanghai On The Bund pada malam semalam.

WhatsApp Image 2019 12 09 at 14.10.13 768x576

Majlis penyerahan tersebut diadakan sejurus selepas Tuanku Raja Muda Perlis selesai berangkat menghadiri ‘The 2nd Shanghai International Ball 2019’ yang diadakan di hotel yang sama. Konsul Jeneral Malaysia, Hew Tse Hou menerima sumbangan yang turut disaksikan oleh Pemangku Pengarah Pejabat Tourism Malaysia Shanghai, Mohd Ashrul Ashraf Hj Mohd Noor Puasa.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut mengharapkan kerjasama dan peranan berterusan dari semua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta sektor swasta untuk turut sama membantu mempromosikan pembayaran Zakat Pendapatan kepada pihak MAIPs oleh warga kerja organisasi masing-masing samada melalui pembayaran secara ’one off’ atau melalui potongan gaji secara bulanan.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE