Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Lancar Tahun Melawat Malaysia 2020 di Shanghai n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Lancar Tahun Melawat Malaysia 2020 di Shanghai

Raja Muda Perlis Lancar Tahun Melawat Malaysia 2020 di Shanghai

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 07 Disember 2019 09:20

Shanghai, China,7 Disember 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan promosi ‘Tahun Melawat Malaysia 2020 Peringkat Shanghai, China’ di Sports Stadium, Crystal Plaza Mall, Pudong, Shanghai pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pemangku Pengarah Pejabat Tourism Malaysia Shanghai, Mohd Ashrul Ashraf Hj Mohd Noor Puasa dan Pengarah Urusan Singpoli Asia, Datuk Nellsen Young.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir, Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai Hew Tse Hou dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Datuk Rashidi Hasbullah.

Promosi yang diadakan pada kali ini anjuran Pejabat Tourism Malaysia di Shanghai dengan kerjasama Tuniu.Com, Crystal Plaza, ASEAN People’s Association Los Angeles dan Singpoli Investment Bank Limited lebih memberi fokus kepada destinasi-destinasi pelancongan menarik yang terdapat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia. Negeri Perlis turut diberikan slot khas dengan perkenan keberangkatan oleh baginda Tuanku Syed Faizuddin Putra bagi melaksanakan pelancarannya.

Turut mengambil bahagian bersempena program separuh hari ini ialah pemain-pemain industri seperti syarikat Penerbangan Malaysia (MH) dan Air Asia serta beberapa buah agensi pelancongan berpengaruh tempatan.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Mohd Ashrul Ashraf memaklumkan bahawa pada tahun 2018 Malaysia menerima kunjungan 2,944,133 pelawat daripada negara China yang merupakan peningkatan sebanyak 27% berbanding tahun sebelumnya, 2017 dengan anggaran RM12.3 bilion dibelanjakan mereka di Malaysia. Tahun ini 2019 Tourism Malaysia mensasarkan 3 juta daripada negara China akan ke Malaysia.

Di majlis tersebut Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mempunyai pengalaman luas di dalam sektor pelancongan dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan Penerbangan Malaysia di Madrid selama hampir tiga tahun dan Zurich selama empat tahun beserta para tetamu lain yang hadir turut dihiburkan dengan beberapa persembahan penuh bertenaga dan menarik berupa tarian tradisional yang dibawa khas ke Shanghai oleh pasukan kesenian dan kebudayaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Di akhir majlis, Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan melancarkan promosi memperkenalkan ‘Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) 2020’ yang mana negeri Perlis akan menjadi tuanrumah dari 24-30JUL 2020 bersempena sambutan 20 Tahun Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai Raja Perlis tahun hadapan.

Untuk rekod, rakyat China difahamkan amat teruja dengan Malaysia terutama sekali melalui kekayaan hospitaliti, budaya, makanan, sejarah, warisan budaya dan seni bina selain keunikan masyarakat majmuk berlainan bangsa dan agama hidup bebas aman damai saling menghormati amalan dan resam masing-masing.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE