Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Optimis Optimumkan Teknologi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Optimis Optimumkan Teknologi

MAIPs Optimis Optimumkan Teknologi

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 06 Disember 2019 15:28

Tbilisi, Georgia ,6 Disember 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa kejayaan sesuatu usaha yang baik memerlukan sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak.

Inisiatif dan sesuatu perancangan yang dilaksanakan akan semakin bertambah baik dengan kejituan usaha dan tenaga yang digerakkan secara bersepadu.

Menurut baginda, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa optimis terhadap ruang dan peluang bagi mengoptimumkan teknologi ke arah mempertingkatkan perkhidmatannya.

Demikian titah baginda selaku Tuanku Canselor UniMAP selepas berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Tbilisi Central Mosque ketika berangkat mengetuai delegasi lawatan ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’ ke ibunegara Georgia itu baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Mufti Yasin Aliev dan Mufti Sheikh Ramin Igidov. Mufti Aliev menerima sumbangan MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs untuk digunakan bagi tujuan dakwah.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir ialah Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti, Prof Mohd Fo’ad Sakdan.

Baginda turut menambah bahawa pihak MAIPs mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua pihak sebagai pemegang taruh untuk mempertingkatkan lagi prestasi MAIPs baik daripada aspek pengagihan dan kutipan, proses mengenalpasti asnaf, cadangan penambahbaikan pengurusan serta melaporkan sebarang maklumbalas dan aduan berkaitan MAIPs, supaya misi dan visi MAIPs iaitu ’Menjunjung Syiar dan Memaju Ummah’ akan benar-benar tercapai, InsyaAllah.

Pada masa yang sama baginda mengharapkan peranan semua Ketua Jabatan dan Agensi di negeri ini untuk turut serta mempromosikan pembayaran Zakat Pendapatan kepada pihak MAIPs samada melalui pembayaran ’one off’ atau melalui potongan gaji secara bulanan. Kerjasama jabatan dan agensi amat diharapkan bagi memastikan visi dan misi MAIPs tercapai dalam membantu agama dan Ummah ke arah yang lebih cemerlang, InsyaAllah.

Tambah istimewa ketika kunjungan tersebut baginda dan delegasi berpeluang menyaksikan dua mempelai tempatan iaitu Kurban Bairamov dan Sheila Bairamov diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam adat dan tradisi setempat di masjid berkenaan.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE