Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Disaran Anjur Kejohanan Tenis Antarabangsa n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Disaran Anjur Kejohanan Tenis Antarabangsa

Perlis Disaran Anjur Kejohanan Tenis Antarabangsa

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 05 Disember 2019 16:28

Kangar,5 Disember 2019 - Negeri Perlis melalui Persatuan Tenis Negeri disarankan agar berusaha untuk dapat menganjurkan pula kejohanan-kejohanan tenis antarabangsa peringkat dewasa seperti Kejohanan Terbuka Malaysia di masa akan datang.

Dengan kemudahan gelanggang tenis yang baik dan penyelenggaraan yang dibuat secara berkala, Perlis sesungguhnya akan mampu juga menganjurkan pelbagai kejohanan berprestij bertaraf antarabangsa.

Demikian titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Santapan Malam sempena ‘Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra buat kali Ke-39’ yang diadakan di Dewan Warisan Kangar pada malam semalam.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Presiden Persatuan Tenis Perlis, Zainuddin Osman dan Timbalan beliau Cheng Joo Chong.

Program tahunan hasil cetusan idea daripada Almarhum Tuanku Syed Putra ini adalah anjuran Persatuan Tenis Negeri Perlis.

Baginda turut berharap agar pihak kementerian-kementerian yang berkaitan dapatlah menyenaraikan kejohanan ini dalam ‘Calendar of events’ masing-masing supaya dapat membantu mempromosikan kejohanan ini di peringkat antarabangsa.

WhatsApp Image 2019 12 05 at 16.30.20

Tuanku Syed Sirajuddin turut menyeru Kerajaan Negeri dan Persatuan Tenis agar dapat mempertingkatkan lagi program-program pembangunan sukan tenis terutamanya yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur lapan (8) tahun, kerana pada umur ini kanak-kanak mudah dibentuk.

Selain itu, kerjasama lebih erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri juga perlu dibuat bagi mencungkil bakat-bakat baru di sekolah-sekolah seluruh Perlis. Dengan ini akan lahirlah lebih ramai lagi pemain-pemain yang berkaliber untuk negeri dan negara.

Pada kejohanan yang berlangsung selama empat hari dari 4-7 Disember 2019 kali ini, sebanyak lapan buah negara iaitu China, Kyrgyzstan, Korea Selatan, Mongolia, Uzbekistan, Thailand, Indonesia dan Malaysia selaku tuan rumah melibatkan 270 orang peserta bersaing dalam acara perseorangan dan beregu yang melibatkan remaja kategori umur bawah 10, 12, 14 dan 18 tahun di dua venue utama iaitu Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar dan Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau.

Untuk rekod, pada 7 hingga 10 Mac 2019 yang lalu, Persatuan Tenis Perlis juga telah berjaya menganjurkan satu kejohanan peringkat kebangsaan iaitu ‘National Junior Tour’ dan juga kejohanan peringkat antarabangsa iaitu ‘3rd Perlis ITF Junior Championship 2019’ pada 8 hingga 13 Oktober 2019 yang mempunyai ‘ranking’ dunia. Ramai pemain remaja dari seluruh dunia datang bertanding untuk mengejar ‘ranking’ masing-masing dalam pertandingan tersebut.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE