Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP Jalin Kerjasama Strategik Dengan Kerajaan UAE n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP Jalin Kerjasama Strategik Dengan Kerajaan UAE

UniMAP Jalin Kerjasama Strategik Dengan Kerajaan UAE

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 04 Disember 2019 16:23

4 Dis. 2019- Sejajar dengan perkembangan teknologi ‘Blockchain’ yang terus berkembang pesat dengan kecanggihan Kepintaran Buatan (AI), maka Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah merangka satu persetujuan bersama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Wollongong University Dubai dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengadakan satu kerjasama dengan rakan strategik dari Ministry of Infrastructure and Development (MOID) UAE.

Demikian kata Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad menurut siaran media UniMAP selepas mengadakan lawatan ke Georgia’s Innovation & Technology Agency yang beroperasi di Tiblisi, Georgia baru-baru ini.

Badlishah sangat yakin dengan masa depan ‘Blockchain’ ini dan beliau sendiri telah berjaya melaksanakan teknologi ini di UnisZA ketika dipinjamkan ke sana sebagai Timbalan Naib Canselor sebelum ini untuk transkrip sijil pada konvokesyen baru-baru ini dengan ciri yang tidak boleh diubah dan ditiru, boleh disimpan sepanjang masa di dalam data tanpa talian dan pada masa yang sama dijamin privasinya.

Melalui rakan kerjasama di MOID UAE, Jurutera Kanan Elektrik, Younis Aljewari, telah membuka peluang kepada pihak UniMAP dan UniSZA untuk memperkenalkan teknologi ini untuk kegunaan pihak kerajaan UAE. Disamping itu, persetujuan bersama telah dicapai untuk diadakan satu perbincangan lanjut bersama pengurusan University of Wollongong Dubai melalui salah seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Infomasinya iaitu Prof Dr Mohd Fareq Malek.

Pertemuan tersebut yang diadakan di Dubai ketika mengadakan lawatan sebelum tiba di Tbilisi itu diyakini dapat menterjemahkan satu usaha sama yang baik di masa hadapan bagi kedua-dua pihak baik dari Malaysia mahupun UAE.

Sebagai makluman, Naib Canselor UniMAP berkenaan berada di Tiblisi selama dua hari bagi mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP dalam rangka lawatan ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 UniMAP di Georgia dan UAE. Beliau dan delegasi mendapat taklimat di agensi yang bernaung di bawah Kementerian Ekonomi dan Pembangunan Lestari negara Georgia itu yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusinya, Mariam Lakshi.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE