Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Belia Digalakkan Sertai Program SLDN Mc Donald’s n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Belia Digalakkan Sertai Program SLDN Mc Donald’s

Belia Digalakkan Sertai Program SLDN Mc Donald’s

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 04 Disember 2019 14:55

Kangar, 4 Disember 2019 - Para belia Perlis yang berminat digalakkan agar menyertai Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Mc Donald’s yang memberi peluang pendidikan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia di Malaysia termasuklah anak-anak golongan asnaf di negeri Perlis tersayang ini.

Belia yang menyertai program ini akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Tahap 4, seterusnya layak memulakan kerjaya di McDonald’s atau kerjaya dalam bidang perkhidmatan makanan. Tajaan penuh oleh Mc Donald’s sepanjang 18 bulan program latihan ini membolehkan pelajar lebih fokus dan tidak perlu risau dengan keperluan kewangan harian mereka. Secara tidak langsung, peluang pekerjaan yang tersedia selepas tamat program pastinya membolehkan mereka meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Program Komuniti McDonald’s Malaysia 2019, Peringkat Negeri Perlis’ yang diadakan di perkarangan Restoran Mc Donald’s di Kangar pada malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Urusan Dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, Pengarah Perhubungan Kerajaan McDonald’s Malaysia, Datuk Seri Nasir Rakhir dan Pengarah Komunikasi Korporat Mc Donald’s Malaysia, Azhar Darbi.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda iaitu Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Program yang masuk tahun kedua sedemikian rupa termasuklah penyertaan para hadirin dalam ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf kali ke 75 bagi tahun 2019’ pada sebelah petangnya ini adalah anjuran pihak Mc Donald’s Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs memuji komitmen ke arah kesejahteraan masyarakat yang merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia yakni sebuah syarikat terkemuka dunia atas fokus berterusan ke arah manfaat masyarakat seiringan dengan hasrat MAIPs yang amat mementingkan kebajikan sosial umat Islam negeri ini.

‘Sikap terbuka McDonald’s untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak ke arah impak positif kepada masyrakat wajar dicontohi. Kerjasama awam dengan swasta yang terjalin wajar diteruskan bagi menyokong pembangunan sosio-ekonomi Perlis.’ tambah Tuanku Raja Muda Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga gembira dengan penganjuran Program "Kembali Ke Sekolah” yang masuk tahun ketiga dilaksanakan Mc Donald’s Malaysia yang turut mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak golongan miskin selain memberi motivasi bagi memulakan sesi persekolahan 2020 dengan sebaik mungkin.

Untuk rekod, penganjuran program “Kembali ke Sekolah Mc Donald’s Malaysia’ pada tahun ini merupakan terbesar pernah diadakan melibatkan 30,000 kanak-kanak di seluruh negara dengan jumlah sumbangan RM3 juta yang mana melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, 1000 pelajar terpilih negeri ini dari 36 buah sekolah mendapat manfaatnya.--Tx.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE