Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda Perlis lancar Bengkel Penampilan Muslimah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Puan Muda Perlis lancar Bengkel Penampilan Muslimah

Raja Puan Muda Perlis lancar Bengkel Penampilan Muslimah

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 30 November 2019 08:23
Kangar, 30 November2019 (Sabtu)-Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khali berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran ‘Bengkel Penampilan Muslimah’ yang dianjurkan oleh HHSKN Enterprise dan Sri Ulfa Enterprise yang diadakan di Dewan Kuliyyah Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Behor Temak Kangar pagi semalam.
 
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengasas Sri Ulfa Enterprise Noriza Azizan dan Pengasas Zeen Bridal Rohaizan Abd Hamid.
Bengkel ini melibatkan seramai 40 orang peserta yang majoritinya adalah daripada kalangan penduduk wanita di Taman Desa Asnaf MAIPs di Kg Batu Bertangkup dan ianya menjadi sebagai pengenalan kepada golongan wanita asnaf yang meminati solekan serta ingin menceburi bidang tersebut sebagai asas perniagaan.
Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut menyaksikan demonstrasi dan tutorial tatahias solekan yang dipersembahkan oleh Jurumekap Siti Nurfarahaib Zakaria dan Suhaib Daud sebagai pengenalan solekan penjagaan kulit muka.
Turut bekerjasama menjayakan bengkel ini adalah pihak MAIPs.
~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE