Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Bakal Lancarkan Program 'Jamalullail Trust School' n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Bakal Lancarkan Program 'Jamalullail Trust School'

MAIPs Bakal Lancarkan Program 'Jamalullail Trust School'

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 27 November 2019 12:39

Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 27 November 2019, - Pada tahun 2020 yang akan datang tidak lama lagi nanti, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perlis (MAIPs) melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis akan melaksanakan program ‘Jamalullail Trust School’ bermatlamat untuk memberikan kaedah pendidikan, pembelajaran dan perhubungan yang memberikan impak positif kepada guru, pelajar dan keluarga.

Sebanyak 5 buah sekolah telahpun dipilih menjadi perintis termasuklah SMK Kuala Perlis, SMK Sanglang, SK Seberang Ramai, SK Batu Bertangkup dan SK Simpang Empat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Masjid Besar Sheikh Zayed di Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada petang kelmarin.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Bahagian Kewangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Sharjah di negara UAE, Rashid Salem Al Bairaq

Tuanku Raja Muda Perlis diiringi anakanda-anakanda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut mengiringi baginda ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti, Prof Mohd Fo’ad Sakdan.

Baginda turut mengajak semua pihak perlulah berkerjasama dalam menjayakan program ini dan InsyaAllah ianya bakal dilancarkan dalam program Sempena Sambutan 100 Tahun MAIPs kelak.

Pada masa yang sama pihak MAIPs amat mengalu-alukan cadangan orangramai terhadap kaedah atau bentuk bantuan yang paling relevan serta menepati sasaran bagi mempermudahkan lagi pengajian serta meningkatkan lagi prestasi pelajaran anak-anak asnaf seluruh negeri Perlis ini dari masa kesemasa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra kini dalam rangka lawatan ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke Emiriah Arab Bersatu (UAE)’ selama empat hari. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE