Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP Lalui Fasa Perkembangan Memberansangkan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP Lalui Fasa Perkembangan Memberansangkan

UniMAP Lalui Fasa Perkembangan Memberansangkan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 27 November 2019 11:36

Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 27 November 2019 - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah melalui fasa perkembangannya yang sangat memberangsangkan.

UniMAP telah berjaya memenuhi matlamat asal penubuhannya iaitu melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi pelan perindustrian negara selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktikal.

UniMAP kini turut berbangga dengan graduan perniagaan dari Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) dan graduan komunikasi media baharu dari Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM) yang juga berjaya menempatkan diri dalam industri berkaitan.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Haizuddin Putr Jamalullalil selepas berkenan berangkat mengetuai delegasi lawatan ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang melawat The University of Sharjah di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE)’ pada petang kelmarin.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi analanda-anakanda Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra disambut oleh Canselor universiti berkenaan, Profesor Hamid M.K. Al-Naimiy serta keenam-enam Timbalan beliau dan seterusnya menyampaikan taklimat dan bertukar-tukar pandangan dengan baginda beserta rombongan.

Turut hadir ialah Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid, Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof Mohd Fo’ad Sakdan.

Menurut Badlishah pula, ‘Alhamdulillah, awal September lalu, UniMAP yang baru mencapai usia 17 tahun berjaya menempatkan diri setanding universiti ternama lain di Malaysia di kedudukan 601-800 universiti terbaik dunia berdasarkan penarafan oleh Times Higher Education (THE)’. Laporan tersebut turut menempatkan UniMAP sebagai universiti dalam kelompok ketiga terbaik di Malaysia bersama beberapa Universiti Awam (UA) lainnya manakala bidang pengajian Kejuruteraan dan Teknologi pula turut diberi penarafan dalam kelompok 800 terbaik di dunia.

Tambah beliau, bagi penarafan ‘QS World Universiti Rangkings 2019’ pula, UniMAP sekali lagi menduduki ranking 701-750 Universiti Terbaik Dunia dan ranking 201 Universiti Terbaik Asia.

Kecemerlangan ini disumbangkan oleh prestasi penyelidik dan hasil penyelidikan yang dibangunkan. Pelbagai kejayaan diraih para penyelidik UniMAP termasuklah memperolehi geran-geran penyelidikan antarabangsa serta industri yang mana ini merupakan aspek utama yang bakal meningkatkan lagi keterlihatan UniMAP di persada antarabangsa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra kini dalam rangka lawatan mengetuai delegasi ‘Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2018/9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke Emiriah Arab Bersatu (UAE)’ selama empat hari.

UniMAP sebelum ini sudahpun mempunyai perjanjian persefahaman (MoU) bersama dengan The University of Sharjah ini sejak 12 Julai 2009 selain daripada Surat Hasrat dengan sebuah lagi IPT di UAE iaitu Al Ghurair University dan kini dalam proses penyambungan semula perjanjian tersebut. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE