Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Diuji Hidap Kanser Ketika Projek Tahun Akhir n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Diuji Hidap Kanser Ketika Projek Tahun Akhir

Diuji Hidap Kanser Ketika Projek Tahun Akhir

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 17 November 2019 11:20
ARAU, 17 Nov. 2019 (Ahad)  - Biarpun terpaksa berperang melawan kanser namun ia bukan penghalang buat Ho Jia Ning, siswazah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berjaya menamatkan pengajiannya semalam. 
 
Lebih menyedihkan lagi, Jia Ning, 25, hadir sendirian tanpa ditemani ahli keluarga memandangkan kesihatan ayahnya, Ho Kam Fai, yang tidak mengizinkan dan perlu dipantau rapi ibunya, Chong Siu Hong.
Namun, kesedihan itu terubat apabila, Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan meraikan kejayaan Jia Ning serta merakamkan gambar kenangan bersama-sama pengurusan tertinggi universiti.
  
Menurut Jia Ning, penyakit kanser limfoma yang dihidapinya itu mula dikesan pada tahun 2017 sewaktu beliau sepatutnya di tahun akhir pengajian.
"Ketika itu saya sedang menjalankan projek tahun akhir dan menyedari terdapat kelenjar di bahagian kiri leher sebelum memutuskan untuk melakukan pemeriksaan di Pusat Kesihatan UniMAP.
"Pusat kesihatan kemudiannya merujuk saya kepada pakar di hospital sebelum disahkan menghidap kanser itu pada tahap tiga yang akhirnya membuatkan saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian seketika," katanya.
Jia Ning adalah antara 494 siswazah Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bioproses, PPK Pembuatan dan PPK Alam Sekitar yang menerima skrol pada sidang ketiga Istiadat Konvokesyen 14 UniMAP hari ini.
Selain Jia Ning, turut diraikan semalam ialah siswazah Kejuruteraan Reka Bentuk Produk, Qurratul Aini Shuaib yang kehilangan ayah sewaktu di tahun akhir pengajian.
Bagi Qurratul Aini, ijazah yang diterimanya didedikasikan kepada ayahnya, Shuaib K K Mohamed Unni yang meninggal dunia dalam tragedi kemalangan membabitkan bas serta lori kontena dan tangki di Kilometer 142.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berhampiran Pagoh, tahun lalu.
"Pemergian mengejut ayah membuatkan saya hampir hilang fokus, namun memikirkan masa depan keluarga bergantung kepada pendapatan ibu yang hanya bekerja sebagai penyelia kilang saya tekad meneruskan pengajian dan menggenggam segulung ijazah bagi membantu keluarga," katanya.
~SUMBER SINAR HARIAN~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE