Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Manfaatkan Media Sosial - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Manfaatkan Media Sosial - Raja Muda Perlis

Manfaatkan Media Sosial - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 17 November 2019 11:08

Pauh Putra, 17 November 2019 - Hampir setiap dari kita mempunyai akaun media sosial. Bahkan ada yang menghabiskan hampir keseluruhan waktu pada media sosial. Persoalannya, sejauh manakah penggunaan media sosial ini memberikan impak kepada kehidupan seharian kita?

Perkembangan dan pengaruh media sosial ini sekiranya dimanfaatkan sebaik mungkin dapat memberikan nilai tambah dalam diri graduan terutama meningkatkan lagi kemahiran interpersonal dan komunikasi.

Dalam era digital yang pesat ini, adalah sesuatu yang mustahil untuk kita mengenepikan terus peri pentingnya media sosial dalam kehidupan seharian sebaliknya lebih wajar jika kita belajar memanfaatkan sepenuhnya teknologi ini. UniMAP sebagai institusi pendidikan sewajarnya memanfaatkan sepenuhnya potensi graduan menerusi perkembangan ini sekaligus melahirkan graduan yang bukan sekadar berilmu sebaliknya memanfaatkannya dalam konteks yang betul.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena ’Sidang Ketiga Bagi Istiadat Konvokesyen ke 14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan Ilmu UniMAP di Kampus Alamnya di Pauh Putra pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.

Tuanku Raja Muda Perlis turut mengingatkan bahawa kita lihat ramai pengguna media sosial hari ini memiliki sikap banyak bercakap, berlagak pandai serta berlumba-lumba menulis tentang sesuatu isu tular tanpa menilai terlebih dahulu kandungan penulisan tersebut dan impak daripadanya. Amatlah memalukan jika hal ini dilakukan graduan lepasan IPT yang seringkali dipandang sebagai golongan ilmuan dan menerima pendidikan secara formal. Gunakalah ilmu secara bermanfaat dan memberi imej positif kepada masyarakat.

Berdasarkan data MCMC, 61.8% penduduk Malaysia berkongsi pautan yang dibaca di portal ke akaun masing-masing dengan 63.9% menjurus perkongsian berita dan 32.1% berkaitan politik. Meskipun lebih 87% perkongsian itu berlandaskan berita namun data menunjukkan 20.7% melakukannya semata-mata ingin mendapat atau meningkatkan jumlah ‘like' dan ‘followers'.

Oleh itu, sikap sebegini haruslah dielakkan oleh para graduan memandangkan memastikan kesahihan itu merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab bagi setiap individu meskipun sekadar untuk dikongsi. Ini perlu sebagai panduan agar mendidik diri kita menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

Seramai 494 orang graduan menerima ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Dengan Kepujian) dalam jurusan Pembuatan, Rekabentuk Produk, Bioproses, Biosistem, Alam Sekitar dan Awam masing-masing daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP di istiadat berkenaan.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE