Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Festkon: Lebih 7,000 Tiket Terjual n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Festkon: Lebih 7,000 Tiket Terjual

Festkon: Lebih 7,000 Tiket Terjual

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 17 November 2019 10:15
KANGAR, 18 Nov.2019 (Isnin) - Lebih 7,000 tiket berjaya dijual bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Alumnius FT menentang Superlawak FC di Stadium Kangar semalam. 
 
Jumlah kehadiran penonton di luar jangkaan itu kerana diadakan pada hari cuti dan kehadiran pasukan Superlawak FC yang disertai oleh pelawak terkenal tanah air.
Turut berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkap Kapten Alumnius FT, Dr Emy Aizat berkata, pasukannya berjaya memecah kebuntuan dan mendahului dengan jaringan 2-0.
"Namun selepas itu Superlawak FC berjaya menyamakan kedudukan dengan keputusan akhir 2-2," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Perlawanan bola sepak antara Superlawak FC dan Alumnius FT merupakan salah satu pengisian program sepanjang Festival Konvokesyen UniMAP (FestKon) kali ini.
Program berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Alumni UniMAP dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Menurut Dr Emy, penaja utama bagi perlawanan itu ialah Bossku House; Edaran Utara Enterprise dan Muni Coway.
"Pihak kami juga turut mengundang dan meraikan anak-anak Friend of Childhood Cancer Northen (FOCCAN) menyaksikan perlawanan itu," katanya.
Katanya, kanak-kanak itu perlu dirai dan dibawa ke program sebegini bagi membolehkan mereka bergaul dengan masyarakat dan belajar perkara baharu.
gambar
 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar bersama pemain dan penonton yang hadir pada perlawanan bola sepak antara Alumnius FT menentang Superlawak FC di Stadium Kangar semalam.

~SUMBER SINAR HARIAN~

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE