Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Mahu UniMAP Di Kedudukan Terbaik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Mahu UniMAP Di Kedudukan Terbaik

Raja Muda Perlis Mahu UniMAP Di Kedudukan Terbaik

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 16 November 2019 10:00

ARAU, 16 Nov. 2019 - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus berada pada kedudukan terbaik dan cemerlang dalam pelbagai aspek serta menjadi pakar rujuk diyakini oleh pelbagai pihak di dalam dan luar negara. 

Baginda selaku Canselor UniMAP bertitah, jika kesemua pihak mengutamakan prinsip ketelusan, tanggungjawab dan etika menuntut ilmu serta tugasan seharian akan memberi impak positif kepada UniMAP menjadi sebuah institusi yang diyakini dan berwibawa.

"Sedikit kesilapan pasti merosakkan reputasi institusi ini ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menyempurnakan perasmian Sidang Pertama Bagi Istiadat Konvokesyen ke-14 UniMAP, Tahun 2019 di Dewan Ilmu Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra di sini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad; Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti.

Baginda bertitah, para graduan pasca siswazah pelbagai bidang memperoleh ijazah dengan melakukan penerokaan ilmu menerusi hasil kajian mendalam masing-masing.

"Pelbagai rujukan dikaji sehingga menghasilkan dapatan ilmu baharu yang kemudiannya disatukan dalam penulisan tesis dan jurnal.

"Ilmu itu kemudian dibentangkan pula dalam himpunan jaringan kerjasama penyelidik di seluruh dunia bagi membolehkan ia terus dikongsi dan disebar luas serta mendidik diri kita supaya menghormati kepelbagaian idea," titah baginda.

Baginda bertitah supaya etika akademik dalam menjalankan proses kajian dan penyelidikan diberi penekanan termasuk mengelakkan plagiarisme, pemalsuan dokumen atau penipuan.

"Pasti kajian dan penyelidikan masing-masing tidak akan terhenti di sini malah ada kalangan graduan akan melangkah ke alam akademik sebagai ahli akademik," titah baginda.

Baginda turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pengurusan tertinggi serta seluruh warga UniMAP atas segala komitmen yang diberikan dalam meningkatkan lagi reputasi universiti.

Pada istiadat sidang pertama istiadat Konvokesyen UniMAP semalam, baginda turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan kepada Datuk Dr Mohd Sofi Osman; Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Ijazah Kehormat Sarjana Kejuruteraan kepada Laun Kean Cheong selain 114 anugerah Doktor Falsafah (PhD) dan 149 orang di peringkat sarjana.

~SUMBER SINAR HARIAN~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE