Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Lancar Program Keusahawanan MAIPs & CIMB Islamic – Taylor’s n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Lancar Program Keusahawanan MAIPs & CIMB Islamic – Taylor’s

Raja Muda Perlis Lancar Program Keusahawanan MAIPs & CIMB Islamic – Taylor’s

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 16 November 2019 09:14

Pauh Putra, 16 Nov. 2019 (Sabtu) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Program Keusahawanan MAIPs & CIMB - Taylor's 2019 di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP Kampus Alamnya di Pauh Putra pada pada pagi tadi.

Program berkenaan adalah hasil kolaborasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bersama CIMB Islamic dan Taylor's University.

Seramai 64 peserta dari kalangan asnaf terpilih di negeri ini menyertai program berkenaan bermatlamatkan untuk mempertingkatkan potensi diri dan kemahiran mereka dalam pengurusan kewangan, pemasaran, jaringan kerjasama dan sebagainya.

Mengiringi Baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial CIMB Islamic Bank, Ken Mohamed Faiz Kamal, Ketua Komunikasi Korporat dan Tanggungjawab Sosial Tylor's Education Group, May Wong.

Pada majlis berkenaan, CIMB Islamic diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shariman Mohd Shariff turut menyampaikan sumbangan mock cek simbolik geran keusahawanan kepada 64 peserta bernilai RM400,000.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE