Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Mahasiswa berintelek harus mempunyai identiti tersendidi - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Mahasiswa berintelek harus mempunyai identiti tersendidi - Raja Muda Perlis

Mahasiswa berintelek harus mempunyai identiti tersendidi - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 15 November 2019 17:05

Pauh Putra.14 November 2019.Seorang mahasiswa yang berintelek harus mempunyai identiti tersendiri, prinsip hidup dan ideologi matang untuk membantu kepimpinan negara menuju masa hadapan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Festival Konvokesyen Kali Ke-14 (FESTKON14) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2019’ yang diadakan di Dataran Kejuruteraan Kampus Tetap UniMAP di Kampus Alamnya di Pauh Putra pada rabu malam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Tuanku Pto Canselor universiti.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti, Prof Mohd Fo’ad Sakdan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan KarangKraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Ketua Perbankan Runcit Bank Rakyat, Dr Mohamad Hanis Osman dan Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat Nizam Sani Osman.

Tuanku Raja Muda Perlis yang juga Tuanku Canselor UniMAP turut menyentuh mengenai moto FESTKON14 bertemakan ‘Merealisasikan Imaginasi, Mencetus Kreativiti’ yang mana beberapa perkara pokok harus diberi perhatian serius.

Pertama ialah ‘Identiti Tersendiri’.

Golongan di bawah usia 25 tahun adalah kelompok istimewa kerana mereka semualah yang bakal mencetus hala tuju kepimpinan negara berpuluh tahun akan datang. Namun, kelompok ini sebenarnya masih ada lagi yang keliru, tiada arah serta masih lagi mencari identiti sebagai mahasiswa.

Tetapi melalui proses peneguhan oleh pihak IPT dengan penganjuran program sepanjang pengajian yang menerapkan elemen peningkatan nilai diri dan seumpamanya, silibus kokurikulum bagi ketahanan mental dan fizikal, pengalaman dan corak kehidupan sebagai mahasiswa, InsyaAllah akan dapat membentuk identiti anda, dengan syarat mahasiswa itu sendiri harus mempunyai keinginan memperbaiki diri.

Kedua mengenai ‘Prinsip Hidup’.

Untuk menjadi individu berwawasan, mahasiswa perlu memiliki prinsip hidup. Tanpa prinsip hidup, kehidupan ibarat layang-layang yang hanya mengikut arah angin bertiup. Tetapi melalui prinsip hidup dan ilmu bermanfaat, mahasiswa ibarat sepohon kayu yang merimbun diteguhkan lagi dengan akar yang kukuh. Walaupun meliuk ke kiri dan kanan diterjah angin, tetap berdiri utuh kerana akarnya yang kuat.

‘Akar’ itu adalah ‘prinsip hidup’ dan ‘dahan’ adalah ‘ilmu’ yang mahasiswa perolehi dalam hidup manakala tiupan ‘angin’ merujuk kepada gangguan ‘anasir luar’ yang cuba gugat.

Yang ketiga pula adalah ‘Ideologi Matang’.

Sentiasalah berfikiran rasional yakni mempertimbangkan sesuatu perkara dari pelbagai sudut sama ada baik dan buruk. Setelah mengambilkira pandangan pelbagai pihak, buatlah keputusan yang matang walaupun disanggah oleh ramai pihak terhadap keputusan atau ideologi anda.

“Berdiri seorang tidak menjadikan anda salah dan berdiri ramai tidak menjanjikan anda di pihak yang benar”. Apapun gunakan akal dan buatlah pertimbangan yang sewajarnya, titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Turut diadakan di majlis tersebut ialah pelancaran ‘Cashless UniMAP’ serta penyerahan pelbagai sumbangan oleh beberapa pihak. Artis undangan yang popular dengan lagu ‘Jampi’ iaitu Hael Husaini menghiburkan sekalian para tetamu yang hadir di akhir program.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE