Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Nilai Murni Bentuk Sahsiah Diri Yang Unggul- Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Nilai Murni Bentuk Sahsiah Diri Yang Unggul- Raja Muda Perlis

Nilai Murni Bentuk Sahsiah Diri Yang Unggul- Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 14 November 2019 15:49

Pekanbaru, Riau, Indonesia, 14 November 2019 - Nilai-nilai murni seperti berdisiplin, mentaati agama, hormat orang lain dan bersopan santun amat penting bagi membentuk sahsiah diri yang unggul.

Keperibadian dan sahsiah yang baik akan menyebabkan seseorang itu disenangi oleh orang yang berada di sekelilingnya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Tautan Ukhuwwah Bersama Pelajar Malaysia di Riau’ yang diadakan di Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Qasim Riau di Pekanbaru.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Konsul Malaysia di Pekanbaru, Wan Nurshima Wan Jusoh, Dekan Fakultas Ushuluddin UIN SUSKA, Dr H. Jamaluddin serta kepimpinan tertinggi Persatuan Pelajar Malaysia di Riau.

Hadir sama mengiringi Tuanku Raja Muda Perlis ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menambah bahawa sebagai remaja, rakan-rakan di sekeliling sedikit sebanyak akan mempengaruhi sifat dan perwatakan mereka. Oleh itu, bergaullah dengan rakan yang berjaya, berakhlak baik dan sentiasa berfikiran positif supaya anda juga terdorong untuk berjaya seperti mereka.

Belajarlah dari pengalaman dan pengetahuan mereka serta belajar cara membentuk personaliti diri dalam kalangan masyarakat.

Seseorang yang berjaya itu harus memiliki personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Justeru, para mahasiswa harus berusaha ke arah tersebut.

Terdahulu, Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan kuliah khas disusuli sesi soal jawab bertajuk ‘Antara Nas Dan Maslahah’.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE