MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Kangar, 8 November 2019 - Kesukarelaan adalah satu aktiviti yang murni dalam setiap masyarakat di seluruh dunia. Ia melepasi sempadan budaya, agama, masyarakat dan boleh dijadikan sebagai suatu kerja ibadah di dalam hidup.
Islam juga amat menggalakkan serta merupakan agama yang mencintai sifat mengasihi dan saling membantu sesiapa sahaja yang di dalam 'kesusahan' atau 'kesempitan hidup' termasuklah golongan asnaf yang kita sama-sama santuni ini.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 70 bagi tahun 2019 yang bermula di perkarangan Masjid Al Ariffin, Padang Katong, Kangar baru-baru ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.
Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menambah bahawa melakukan kerja-kerja kebajikan adalah suatu amalan yang mulia di sisi agama dan sesiapa yang mempunyai niat bersungguh-sungguh seperti menunaikan aktiviti bersedekah sudah dianggap melakukan suatu kerja amal kebajikan yakni hubungan kemanusiaan dan akan dikurniakan dengan ganjatan pahala yang besar oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini bermakna, aktiviti kebajikan adalah suatu tuntutan syarak sama ada dituntut wajib mahupun sunat melihat sesuatu situasi yang ditentukan.
Bersempena kayuhan tersebut Tusnku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan ‘Projek Peningkatan Sosio-ekonomi Asnaf MAIPs’ berupa perniagaan roti canai yang diusahakan oleh Ruslan Ahmad, 50 tahun (No Tel : 0174764101) di Jalan Bintong, Kangar yang sebelum ini pernah menerima sumbangan bantuan baik pulih kedai berjumlah RM5,000 pada bulan Oktober 2019 baru-baru ini selepas sebahagian kedai beliau dihempap pokok besar akibat ribut kuat.
~SUMBER MAIPs~