MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Arau, 8 November 2019 - Bagi melahirkan remaja berakhlak hebat, pendidikan nilai murni dan keagamaan adalah menjadi asas di rumah. Isu yang timbul hari ini berpunca daripada faktor dalaman iaitu didikan yang diterima remaja sejak kecil. Apa saja yang dialami kanak-kanak sejak lahir akan memberikan kesan kepada minda dan emosi mereka.
Faktor luaran pula adalah persekitaran yang baik. Masyarakat di mana remaja tinggal menyumbang ke arah sikap mereka. Masyarakat yang harmoni, bekerjasama dan mementingkan agama akan dapat membendung sebarang gejala sosial.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 26 bagi tahun 2019’ yang diadakan di Masjid Al Falah, Behor Mempelam, Tambun Tulang, Arau pada petang tadi.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Berangkat sama ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Di program tersebut seramai 20 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid berkenaan menerima sumbangan agihan zakat daripada MAIPs.
~SUMBER MAIPs~