Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Asnaf Jadi Pengusaha Kafe Terima Anugerah Ikon n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Asnaf Jadi Pengusaha Kafe Terima Anugerah Ikon

Asnaf Jadi Pengusaha Kafe Terima Anugerah Ikon

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 08 November 2019 17:33
KANGAR, 8 Nov -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail malam tadi berkenan menyampaikan Anugerah Ikon Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) 2019 kepada Che Man Che Ali yang berjaya mengubah nasibnya daripada asnaf kepada pengusaha kafe yang berjaya atas titik peluh sendiri.

Penganugerahan itu sempena perasmian Forum Zikra Ar-Rasul bertajuk ‘Memurnikan Sirah, Menjunjung Uswah’ sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Alwi di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan Negeri Rozaini Rais, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Semasa membacakan biodata Che Man, Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs Syed Aisam Syed Idris berkata penerima terbabit dipilih berdasarkan kepada kegigihannya menjalankan perniagaan kafe.

Walaupun daripada golongan asnaf, Che Man, 55, memulakan perniagaan di kampung tempat tinggalnya, Kampung Sri Medan, Utan Aji dekat sini menggunakan wang simpanannya sebanyak RM3,000 sebagai modal dan beliau kini mampu mengambil beberapa orang anak asnaf bekerja di kafenya.

Pada tahun 2012 beliau menerima bantuan zakat di bawah Program Peningkatan Ekonomi Asnaf MAIPs berjumlah RM18,753 untuk membesarkan kafenya yang dikenali dengan nama Maulana Cafe.

Kafe yang dibina menggunakan bahan kayu itu semakin popular terutama dalam kalangan pelancong luar kerana keunikannya di samping harga jualannya murah, berpatutan dan sedap.

“Pihak MAIPs mendoakan agar Che Man akan terus maju dan berjaya dengan perniagaan yang dijalankan hingga mampu menjadi pembayar zakat dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi ummah pada masa akan datang,” kata Syed Aisam.

Dengan penganugerahan ikon itu, Che Man, ayah kepada lima orang anak menerima sebuah plak dan buku sirah berjudul ‘Sirajul Muluk' terbitan MAIPs yang mengisahkan sejarah MAIPs di bawah tiga Putra Jamalullail.

Selepas menyempurnakan perasmian, Raja Muda yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan mengikuti forum melibatkan dua ahli panel terdiri daripada Imam Besar Negeri Perlis Ahmad Sirajuddin Abdul Satar dan Ahli Panel Syariah, Jabatan Mufti Negeri Perlis, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail sementara Mohd Abdul Kadir Sahak daripada Jabatan Mufti Perlis selaku moderator.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE