Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Yayasan Petronas tekankan kepentingan STEM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Yayasan Petronas tekankan kepentingan STEM

Yayasan Petronas tekankan kepentingan STEM

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 08 November 2019 17:36

8 November 2019, Arau - Usaha Yayasan Petronas yang turut menekankkan pelajar berkaitan kepentingan bidang STEM dalam arus Pendidikan masa kini perlu disokong.

Pengajaran “STEM” merupakan suatu pengajaran yang diaplikasikan di sekolah kepada para pelajar ketika ini. STEM adalah singkatan kepada mata pelajaran ‘Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik’ di dalam bidang Pendidikan dan juga merupakan bidang dan ‘asas’ penggerak kepada syarikat Petronas.

Dengan Pendidikan STEM, individu boleh bersaing secara global untuk menghadapi perubahan atau kemajuan yang lebih kompleks. Di samping itu, individu itu tidak hanya tertumpu dalam satu bidang yang diminati sahaja, jadi sebagai tambahan dia dapat memanfaatkan teknologi mengikut bidang yang terlibat.

Justeru, sama-samalah kita berdoa agar dengan adanya penekanan kepada Pendidikan STEM ini, InsyaAllah kita bakal melahirkan lebih ramai pelajar yang boleh berfikir pada aras tinggi, kreatif dan inovatif dan negara kita dapat menghasilkan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi yang mampu melonjakkan Malaysia menjadi sebagai sebuah negara yang maju dan produktif.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Program Sentuhan Kasih Petronas - ‘Back To School’, Tahun 2019’ yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang pada pagi tadi.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Presiden Gas dan Kuasa Petronas, Kamal Bahrin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas Lita Osman.

Turut hadir ialah Pengerusi Petronas dan Yayasan Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda turut berharap agar segala bantuan yang dihulurkan oleh Yayasan Petronas yang meliputi keperluan asas untuk ibu bapa mengurangkan kos persekolahan anak-anak seperti pakaian seragam, kasut dan stokin, juga keperluan asas pelajar seperti beg sekolah, alat tulis dan sebagainya kepada 210 orang pelajar dari kalangan keluarga B40 dari tujuh buah sekolah rendah terpilih di negeri ini dapat meringankan sedikit beban para penerima dan digunakan sebaiknya.

Ini juga merupakan satu bentuk motivasi kepada pelajar supaya meneruskan pelajaran, mengatasi keciciran serta memberikan semangat untuk terus berjaya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berharap semoga Yayasan Petronas berjaya dan terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dengan membantu ibu bapa dan juga pelajar dalam kalangan B40 untuk terlibat dalam kemajuan sosio-ekonomi dan supaya suatu hari nanti mereka akan keluar dari kitaran kemiskinan, seterusnya menjadi penyumbang aktif kepada pembangunan masyarakat. -Tx.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE