Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

WARGA MAIPs MENU

Sila klik pada butang 'log masuk' di menu utama untuk paparan menu warga MAIPs.
ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis Rasmi Pusat Boling LSBJBPs dan Agih Zakat

Raja Muda Perlis Rasmi Pusat Boling LSBJBPs dan Agih Zakat

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 07 November 2019 11:38

Kangar, 7 November 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Pusat Boling Lite Super Bowl JB3 Perlis (LSBJBPs) pada petang semalam.

Majlis tersebut diadakan di Tingkat 2, Medan Stesen Bas, Bangunan Kayangan Square, Kangar.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Urusan Lite Super Bowl JB3 Perlis Ahmad Fami Samsudin dan Pengurus Besarnya Mohd Zul Fauzi Mohamed Sawal.

Turut hadir ialah Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Panglima Tiga Puluh Briged Markas Briged Ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Hassan Embong.

Turut diraikan ialah seramai 30 orang asnaf terpilih diundang hadir untuk menikmati jamuan minum petang dan seterusnya menerima sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.