MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Kangar, 7 November 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Pusat Boling Lite Super Bowl JB3 Perlis (LSBJBPs) pada petang semalam.
Majlis tersebut diadakan di Tingkat 2, Medan Stesen Bas, Bangunan Kayangan Square, Kangar.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Urusan Lite Super Bowl JB3 Perlis Ahmad Fami Samsudin dan Pengurus Besarnya Mohd Zul Fauzi Mohamed Sawal.
Turut hadir ialah Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Panglima Tiga Puluh Briged Markas Briged Ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Hassan Embong.
Turut diraikan ialah seramai 30 orang asnaf terpilih diundang hadir untuk menikmati jamuan minum petang dan seterusnya menerima sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
~SUMBER MAIPs~