Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Anna Braun Terima Anugerah Kehormat UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Anna Braun Terima Anugerah Kehormat UniMAP

Anna Braun Terima Anugerah Kehormat UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 06 November 2019 10:29

PAUH PUTRA, 6 November 2018 - Pengerusi Lembaga Pengurusan B.Braun Melsungen AG, salah satu pengeluar alat perubatan dan produk dan perkhidmatan perubatan terkemuka di dunia Anna Maria Braun dianugerahkan Ijazah Kehormat (Pengurusan) oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), hari ini.

Istiadat Penganugerahan disempurnakan oleh Canselor UniMAP , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Library Lounge, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP di sini pagi tadi

Turut berkenan berangkat hadir ialah Pro Canselor UniMAP, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP Raja Datuk Azwane Raja Ariff, Naib Canselor UniMAP Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad, delegasi B. Braun dan pengurusan tertinggi universiti.

Anna Braun dilahirkan pada 3 Julai 1979 di Jerman merupakan Presiden B. Braun Asia Pasifik yang bertanggungjawab ke atas kumpulan perniagaan farmaseutikal dan perubatan di rantau ini sebelum dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan yang berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Perhubungan Buruh B. Braun Melsungen AG.

Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan dilantik sebagai Profesor Adjung UniMAP menerusi Program CEO Faculty pada 2015.

Anna Braun aktif menyampaikan ceramah motivasi bagi berkongsi pengalaman dan pandangannya mengenai industri kepada pelajar serta kakitangan UniMAP.

Walaupun beliau sibuk dalam menguruskan syarikat global itu, ia tidak menghalang Anna memainkan peranan dalam projek sosial iaitu salah satunya dengan memberi sokongan terhadap pendidikan khas kanak-kanak di Two Way Centre dan pendidikan pra-sekolah kanak-kanak pelarian Rohingya.

Pada 2017, Anna mengetuai larian amal tanpa henti oleh 600 pekerja B.Braun selama tiga jam di dalam hujan dan panas sekaligus berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM340,000 yang kemudiannya disalurkan ke Hospital Mount Miriam dan Penang Free Mobile Clinic.

Ibu kepada tiga anak ini mempunyai kelayakan sebagai pegawai Undang-undang dengan Ijazah Undang-undang dari University of Freigburg, Jerman dan Sarjana Undang-undang dari Georgetown University di Washington.

Ketokohan Anna Braun dalam menguruskan B.Braun yang telah ditubuhkan pada tahun 1839 dengan lebih 64,000 pekerja di 64 negara serta B.Braun Medical Industries dengan lebih 7,600 pekerja di Pulau Pinang melayakkan beliau terpilih bagi menerima Ijazah Kehormat Pengurusan UniMAP.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE