Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kesihatan Beri Kesan Produktiviti, Ekonomi Negara - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kesihatan Beri Kesan Produktiviti, Ekonomi Negara - Raja Muda Perlis

Kesihatan Beri Kesan Produktiviti, Ekonomi Negara - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 05 November 2019 08:50

Sepang, 5 Nov. 2019 (Selasa) - Masalah kesihatan bukan hanya memberi kesan kepada pesakit dan ahli keluarga, malah turut memberi kesan terhadap masyarakat, produktiviti serta ekonomi negeri dan juga negara.

Saban tahun Kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Kerajaan juga perlu membina lebih banyak hospital sebagai satu kemudahan rawatan kepada para pesakit yang kian meningkat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Pengasas European Kaqun, Dr Robert Lyons di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang semalam.

Dr Lyons yang berasal dari Budapest, Hungary baru sahaja tiba dari Singapura dan kini dalam rangka lawatan ke Malaysia selama beberapa hari diiringi Anicko Brown dan Beatrix Lenkei.

Turut hadir ialah Perunding Perubatan Elowater Malaysia, Datuk Dr Syed Abdul Aziz Benyahya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut mengajak rakyat untuk melibatkan diri dalam sukan melalui pelbagai platform yang telah disediakan supaya sentiasa bergerak aktif.

Baginda sendiri amat bergiat aktif dalam program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, bermain bolasepak dan juga woodball manakala Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pula sering mengambil bahagian di dalam acara ‘Spartan Race’ dan juga larian termasuk Perlis Marathon.

Untuk rekod, ‘Kempen Hidup Aktif (WALK)’ yang dilaksanakan Kerajaan amat bertepatan sekali dengan hasrat WHO untuk memastikan masyarakat dunia khususnya rakyat Malaysia aktif dalam mencegah penyakit berkaitan NCD. ‘WALK’ ini merupakan payung kepada pelbagai inisiatif hidup aktif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amnya dan Jabatan Kesihatan Perlis khasnya. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE