MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Kuala Lumpur, 4 Nov. 2019 (Isnin) -Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan pertemuan dengan Duta Besar negara Ukraine ke Malaysia, TYT Olexander Nechytaylo di Pejabat Kedutaan Besar negara berkenaan di Menara Tan & Tan, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur pagi tadi.
TYT Olexander pernah mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis bagi menyembah mengadap ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Raja Muda Perlis pada bulan Oktober tahun lalu.
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan mengadakan perbincangan kolaborasi dalam pelbagai bidang berkaitan.
~SUMBER MAIPs~