MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Selangor ,Petaling Jaya , 1 November 2019 -Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian persefahaman (MOU) di antara ‘Football Republic’ dengan ‘Red Army Malaysia’ yang merupakan salah sebuah kelab peminat pasukan bolasepak gergasi dunia iaitu Manchester United Football Club (MUFC) di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Football Republic, Vach Pillutla menandatangani bagi pihak syarikat beliau manakala Presiden Red Army Malaysia, Datuk Rosthman Ibrahim mewakili kelabnya dalam satu majlis yang diadakan di Football Republic Sunway Pyramid, Petaling Jaya baru-baru ini.
Tuanku Raja Muda Perlis yang merupakan peminat tegar ‘The Red Devils’ diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail yang juga tidak kurang minat dan pengetahuannya terhadap kelab bolasepak EPL, Manchester United.
Melalui MOU berkenaan, ahli-ahli kelab ‘Red Army Malaysia’ boleh menikmati diskaun 20% di cawangan-cawangan Football Republic di Suria KLCC, Sunway Pyramid, Kuantan, Kuala Terengganu, Alor Setar dan Kota Bharu selain toko-toko aL-ikhsaN Sports di seluruh negara.
Turut hadir ialah Penasihat Red Army Malaysia, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Dr. Rujhan Mustafa.
Sungguhpun memulakan musim 2019-2020 dengan agak hambar, namun Manchester United kembali menyengat dan menunjukkan belangnya selepas seri 1-1 dengan pendahulu liga EPL iaitu Liverpool dengan menjinakkan Partizan Belgrade (1-0), Norwich City (3-1) dan Chelsea (2-1) dalam tiga perlawanan sepanjang tujuh hari terkini ini yang tambah manisnya adalah kesemuanya dimenangi di tempat lawan.
~SUMBER MAIPs~