MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Arau, 31 Oktober 2019 - Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh rombongan seramai 15 orang terdiri daripada 4 Ahli Majlis Tertinggi dan 11 orang warga kerja Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kebangsaan di Galeri DiRaja Arau tengahari tadi.
Delegasi PUSPANITA Kebangsaan berkenaan diketuai oleh Yang Dipertuanya Puan Sri Jamaliah Othman serta dua Pemegang Amanahnya iaitu Datuk Ar. Puteh Kamariah Mohamed dan Datin Zam Zainuddin.
Delegasi tersebut berada di negeri ini sempena ‘Program Kembara Jalinan Kasih di Negeri Perlis’ mulai 30 Oktober hingga 1 November 2019 bagi menyampaikan sumbangan kepada 4 orang ahli PUSPANITA Perlis dan 5 orang asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang telah dipilih terdiri daripada mereka yang menhidapi penyakit kronik, pendapatan rendah dan ditimpa bencana.
Penyampaian sumbangan ini adalah daripada peruntukan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Kebangsaan yang disampaikan sendiri oleh Ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA disekitar Negeri Perlis pada 31 Oktober 2019.
~SUMBER MAIPs~