MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR, 31 Oktober 2019 - Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian ‘Penganugerahan Sijil bagi Majlis Konvokesyen Tabika KEMAS Negeri Perlis 2019’ yang diadakan di Dewan Warisan Kangar pada pagi semalam.
Seramai 272 murid (iaitu Padang Besar 93, Kangar 87 dan Arau 92) dari 151 buah Tabika KEMAS yang beroperasi di seluruh negeri ini menerima sijil konvokesyen masing-masing pada majlis tersebut.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah KEMAS Negeri Perlis, Abdullah Haji Morad dan Timbalan Pengarah Kanan beliau, Shafinaz Ahmad.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS Menanggung Kerja Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.
Para hadirin dipersembahkan dengan ‘Boria Anak KEMAS’ dan ‘Dikir Fusion’ oleh kumpulan Swacitra yang sungguh menarik sekali.
Tuanku Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada ‘Rakan Strategik KEMAS’ terdiri daripada pihak Fakulti Bioproses Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Jabatan Pertanian Negeri Perlis, MARDI, SW Corp, Agro Bank dan Jabatan Penyiaran Negeri Perlis di majlis berkenaan.
Baginda turut berkenan menerima persembahan cendera kenangan daripada adik Muhamad Nafeez Darwish Muhamad Nasri yang telah mewakili Negeri Perlis bagi acara Anugerah Kanak-kanak Cemerlang Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Dalam perkembangan sama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut memberikan tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak dengan menubuhkan Tadika Islam dan Sekolah Agama Petang Perlis dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
~SUMBER MAIPs~