Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Prof Datuk Dr Zurinah Dilantik Profesor Adjung UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Prof Datuk Dr Zurinah Dilantik Profesor Adjung UniMAP

Prof Datuk Dr Zurinah Dilantik Profesor Adjung UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 29 Oktober 2019 16:08

KANGAR - Sasterawan Negara, Prof Datuk Dr Zurinah Hassan dipilih sebagai sasterawan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan dilantik sebagai Profesor Adjung universiti berkenaan. 

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad berkata, program penempatan Sasterawan Negara di universiti awam (UA) dengan jenama Sasterawan Di Universiti merupakan idea Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai satu inisiatif proaktif dalam mentransformasikan pendidikan negara.

Menurutnya, penglibatan Sasterawan Negara dalam Program Sasterawan di universiti diharap dapat memberi sumbangan secara berterusan dalam dunia akademik menerusi ilmu yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.

"Program ini juga akan melengkapkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina masyarakat yang mempunyai nilai kemanusiaan, kasih sayang, kebahagiaan dan hormat menghormati seterusnya membentuk peradaban bangsa yang jitu," katanya ketika berucap di majlis berkenaan hari ini.

Menurut Badlishah, program ini juga dapat menyemarakkan nilai kesusasteraan setiap warga universiti tanpa mengira latar belakang ke tahap tertinggi dengan memperkasa Science, Technology, Reading, Engineering, Arts and Maths (STREAM).

"Selain itu ia juga bertujuan mengiktiraf penglibatan Sasterawan Negara di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

"Ia juga boleh menjadi ikon kepada pelajar dengan mencurahkan ilmu, perkongsian pengalaman, khidmat nasihat dan pandangan mereka supaya pelajar berfikiran kreatif dan inovatif," katanya.

Katanya, UniMAP yakin dan percaya melalui penghayatan sebegini nilai-nilai insan kemanusiaan dapat digilap.

Hadir sama Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

~SINAR HARIAN~



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE