Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jangan Sesekali Mengkhianati Bangsa Dan Negara - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jangan Sesekali Mengkhianati Bangsa Dan Negara - Raja Muda Perlis

Jangan Sesekali Mengkhianati Bangsa Dan Negara - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 28 Oktober 2019 15:02

Alor Setar, 28 Oktober 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan para anggota tentera agar menggenggam erat dan mematrikan ikrar kesatria ke dalam hati agar integriti dipelihara dengan utuh dan jangan sesekali mengkhianati bangsa dan negara.

Tambah baginda, baru-baru ini negara sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi rakaman CCTV berkaitan kegiatan pembolosan penyeludupan rentas sempadan Malaysia-Thailand yang dijalankan oleh kumpulan yang dipercayai sebuah sindiket di Padang Besar.

Sungguhpun rakaman ini difahamkan diambil bukan dalam tempoh terdekat ini, namun, ia masih sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej dan integriti anggota penguatkuasa dan anggota keselamatan negara berikutan segelintir pihak yang bersikap mementingkan diri. Walaupun ia masih dalam siasatan, namun jangan kerana “nila setitik rosak susu sebelanga”.

Baginda juga berharap isu tersebut haruslah diteladani agar kredibiliti dan integriti anggota keselamatan sebagai tonggak pertahanan negara tidak akan dipertikaikan.

Tambah baginda, pastinya ‘dalang’ yang berjaya dikenalpasti akan dikenakan tindakan undang-undang yang setimpalnya dan diheret ke muka pengadilan.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan ‘Majlis Santapan Malam Rejimental Ke-12 Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tahun 2019’ yang diadakan di TH Hotel Alor Setar pada malam semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pemangku Timbalan Komandan PALAPES UniMAP, Kapten Muhammad Azuan Mohamad Nasir.

Turut hadir ialah Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad dan isteri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan juga Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpengkalan di Kem Bukit Keteri turut meminta semua anggota tentera agar menjaga kerahsiaan negara dengan seketat-ketatnya iaitu mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam 1993 atau Akta Rahsia Rasmi 1972. Di bawah Seksyen 8 (1), akta terbabit adalah menjadi kesalahan bagi mereka yang tidak diberi kuasa memiliki atau mengawal mana-mana rahsia rasmi, menyimpannya, menggunakannya, menyampaikannya atau gagal menjaga rahsia berkenaan dengan munasabah kerana perbuatan itu hanya memudahkan musuh negara menyerang negara kita.

Baginda yakin bahawa setiap pegawai muda yang ditauliahkan akan terus komited memperkukuhkan serta memperhalusi ikrar kesatria yang telah dilafazkan sebelum ini.

Untuk rekod, majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan seramai 40 orang para Pegawai Muda dari UniMAP yang telah ditauliahkan di Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES UA Ke-38 di Universiti Teknologi Malaysia pada Ogos yang lalu.

Dalam perkembangan lain, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah melaksanakan kerjasama program bersama SPRM seperti Kayuhan MAIPs Peduli Titipan SPRM 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE