MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Kuala Lumpur, 27 Okt. 2019 - Pada tahun 2019 ini Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah memperkenalkan satu lagi program baharu iaitu Kem Jati Diri untuk pelajar tingkatan 4 sekolah menengah seluruh negeri Perlis yang mempunyai masalah dari segi disiplin. Kem tersebut telah dijalankan di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri, Perlis pada 9 hingga 11 Julai 2019 yang lalu.
Walaupun Yayasan menghadapi masalah berikutan kejadian kebakaran Pejabatnya pada 13 September 2019, namun Alhamdulillah, YTSP Perlis telah dapat menjalankan semua program dan aktiviti yang telah dirancang dengan jayanya serta mencapai matlamat.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis untuk Kali Ke-31, Bilangan Pertama bagi tahun 2019 ini yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat YTSP Perlis Datuk Johari Mohd Darus.
Baginda yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis turut menyentuh berkaitan rancangan pembangunan Pusat Pendidikan Dan Latihan Autism (A-Heart), yang mana pihak YTSP Perlis perlu bekerja keras untuk mencari dana yang mencukupi bagi merialisasikan hasrat dan impian bagi mewujudkan Pusat Autism yang terkini.
Di akhir mesyuarat baginda mewakili pihak Yayasan berkenan menerima sumbangan berjumlah RM15,000 daripada Syarikat Pegasus Duty Free Network yang dipersembahkan oleh Pengarah Urusannya, Prakash Ramachandran .