Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Woodball Medium Keharmonian Dan Muafakat - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Woodball Medium Keharmonian Dan Muafakat - Raja Muda Perlis

Woodball Medium Keharmonian Dan Muafakat - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 26 Oktober 2019 09:41

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2019 - Sukan woodball mampu bertindak sebagai medium mengukuhkan inklusiviti, memperkasa keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Telah bertapak di 47 buah negara di seluruh dunia di samping pernah dipertandingkan semasa Sukan Malaysia (SUKMA), woodball mempunyai potensinya tersendiri untuk dikembangkan terutama dalam kalangan penjawat awam, komuniti Putrajaya mahupun warga UNITEN.

Berdasarkan ‘Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015’, 33.9% anggota perkhidmatan awam didapati tidak aktif secara fizikal dan berisiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit serta masalah kesihatan. Amalan gaya hidup sihat menerusi pembudayaan sukan sedikit sebanyak dapat mengatasinya. Secara purata, setiap pemain woodball akan berjalan 2,000 langkah selepas menghabiskan 24 fairways.

Sepertimana sukan golf, woodball merupakan networking game. Penglibatan penjawat awam secara menyeluruh mampu mewujudkan jaringan sosial yang lebih mantap dan memberi kesan positif kepada sistem penyampaian Kerajaan. Hal ini tidak mustahil memandangkan saiz Putrajaya yang 7 kali lebih kecil daripada Perlis di samping kepadatan penduduk dan jumlah penjawat awamnya yang jauh lebih tinggi.

Woodball tidak melibatkan kos yang tinggi serta sesuai dimainkan oleh pelbagai lapisan umur dan jantina. Justeru, ia juga boleh dijadikan aktiviti alternatif bagi mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja, rakan pelajar, ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Program Gate In One Woodball Challenge Anjuran Kelab Woodball Prang Besar (KWPB) dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Tahun 2019
yang diadakan di Laman Woodball UNITEN di Kajang, Selangor.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Syed Sadiq

 

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha dan Presiden Kelab Woodball Prang Besar (KWPB), Asrul Nizwan Mohamad.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Presiden Persekutuan Woodball Asia (IWFA), Thomas Kok dan Presiden Persatuan Woodball Malaysia (MWA), Elaine Tan.

Baginda yang juga merangkap Penaung DiRaja Persatuan Woodball Perlis (PWPs) turut berharap agar usaha menyuburkan sukan woodball ini perlu terus dilipat gandakan.

Penubuhan Kelab Woodball Prang Besar dan sahutan UNITEN untuk membangunkan laman woodballnya sendiri merupakan garapan terbaik dalam membuka peluang kepada komuniti setempat untuk mengenali sukan ini dengan lebih dekat lagi bak kata pepatah “Tak Kenal Maka Tak Cinta” dan secara tidak langsung membantu memperhangatkan lagi promosi Malaysia secara amnya dan Perlis khususnya dalam memjadi tuan rumah World Cup Woodball Championship (WCWC) Perlis 2020 pada bulan Julai tahun hadapan.

Untuk rekod, Perlis merupakan antara negeri yang paling aktif dalam sukan woodball dengan menganjurkan pelbagai kejohanan sepanjang tahun termasuklah Kejohanan Woodball merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra, Piala Tuanku Canselor UniMAP dan Pertandingan Woodball Antara Agensi-Agensi Agama Islam Perlis anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE